Sebelum kita memutuskan untuk menceburi perniagaan internet, kita haruslah bersedia dengan produk atau perkhidmatan yang ingin dijual kepada pelanggan. Kita boleh memilih untuk menjual produk fizikal, produk digital atau mempromosikan servis/perkhidmatan kepada pelanggan. Baca lagi
Category Archives: Perniagaan
Bekerja Kuat Untuk Diri Sendiri
Antara kelebihan menjadi usahawan adalah kita bekerja untuk diri kita sendiri. Kita bukannya bekerja untuk orang lain. Jika kita bekerja makan gaji, kita bekerja kuat macam mana sekalipun, orang lain yang akan dapat keuntungan dari hasil usaha yang kita lakukan. Orang itu adalah bos tempat kita bekerja. Gaji kita tetap sama pada setiap bulan. Itupun bergantung kepada bos kita jika bos baik hati dia akan bagi bonus untuk kita setiap bulan. Baca lagi
Waktu Bekerja Yang Bebas
Sudah tentu kita mahukan kehidupan yang bebas kan? Maksud bebas disini adalah tiada siapa yang akan mengongkong kita dan mengarahkan kita untuk melakukan sesuatu. Kita berhak menentukan sendiri apa yang kita mahu lakukan. Bukan disebabkan oleh orang lain yang hanya tahu menyuruh apa yang kita perlu lakukan. Baca lagi
Sentiasa Bersikap Suka Membantu
Salah satu prinsip penting perniagaan ialah khidmat sokongan yang kita berikan kepada pelanggan kita. Walaupun banyak jualan yang kita boleh lakukan, tetapi sebenarnya selepas proses jualanlah yang akan benar-benar menguji kita sebagai seorang usahawan sebenar. Iaitu kita perlu sentiasa membantu pelanggan kita selepas mereka membeli produk kita. Baca lagi
Sentiasa Cari Jalan Untuk Majukan Perniagaan
Dalam diri seorang usahawan, kita perlu sentiasa tanamkan keinginan untuk lebih berjaya lagi pada masa hadapan. Kita perlu sentiasa mencari jalan untuk memajukan lagi perniagaan kita pada masa-masa yang akan datang. Takkan la perniagaan kita hendak berada di takuk yang lama untuk 5 atau 10 tahun yang akan datang. Sudah tentulah kita mahu menjadikan perniagaan kita lebih maju lagi. Baca lagi
