Sudah tentu kita mahukan kehidupan yang bebas kan? Maksud bebas disini adalah tiada siapa yang akan mengongkong kita dan mengarahkan kita untuk melakukan sesuatu. Kita berhak menentukan sendiri apa yang kita mahu lakukan. Bukan disebabkan oleh orang lain yang hanya tahu menyuruh apa yang kita perlu lakukan.
Sebagai seorang usahawan internet, kita tidak mempunyai masa yang tetap untuk melakukan kerja kita. Ini kerana kita boleh melakukan perkerjaan kita itu pada bila-bila masa sahaja yang kita mahukan. Tidak kira nak start awal atau lambat pukul berapa pun, atau nak buat kerja sampai lewat malam pun boleh. Kita sendiri yang menetapkan waktu kerja kita.
Jika kita bekerja makan gaji, biasanya kita telah ditetapkan waktu bekerja mula pukul berapa. Waktu berehat juga telah ditetapkan biasanya pada waktu tengah hari untuk makan tengahari dan solat zohor. Begitu juga waktu pulang, syarikat tempat kita bekerja telah menetapkan pukul berapa kita dibenarkan pulang. Kadang-kadang mungkin terpaksa ‘Over Time’ jika kerja belum siap.
Tapi tidak sama jika kita menjalankan perniagaan internet. Kita mempunyai waktu yang tidak tetap untuk memulakan kerja dan waktu berehat yang bebas. Ianya ikut kemahuan kita dan kita sendiri yang menentukannya mengikut keselesaan kita.
Situasi biasa bila bekerja makan gaji, kalau datang kerja lambat sudah tentu kita akan dimarahi oleh bos kita. Itulah yang perlu kita hadapi apabila bekerja dengan orang lain. Tapi ianya tidak sama jika kita menjalankan perniagaan internet sendiri. Kita bekerja ikut suka kita, tapi tiada siapa yang akan memarahi dan meleteri kita.
Itulah satu kepuasan bagi diri kita kerana tidak perlu hadapi orang atasan jika lambat mulakan kerja. Apabila menjalankan perniagaan internet ianya satu keselesaan bagi diri kita sendiri juga. Apa pun pilihan ditangan kita sendiri. Buatlah pilihan yang kita rasa selesa dengan kehidupan kita.