Apabila berada dalam dunia perniagaan internet atau bisnes online, sebagai peniaga online kita pasti akan berjumpa dengan ramai prospek atau bakal pelanggan yang datang menghubungi kita melalui call/sms/facebook/whatsapp dan lain-lain untuk bertanyakan produk yang kita jual.
Kita perlu berusaha untuk melayani kesemua bakal pelanggan kita itu dengan sebaiknya. Mereka adalah orang yang sanggup membayar duit kepada kita kerana ingin mendapatkan produk yang kita jual. Tanpa mereka macam mana kita nak cari pembeli dan memperolehi untung berniaga. Baca lagi


Salah satu teknik untuk meningkatkan jualan dalam bisnes adalah dengan menggunakan kuasa testimonial sebagai alat pemasaran. Testimonial adalah pengalaman sebenar dari pengguna/pembeli yang telah mendapatkan produk dari kita. Sama ada baik atau buruk testimoni yang diberi, ia bergantung kepada kualiti produk kita. Jika produk berkualiti, maka lebih banyak testimoni positif yang akan kita dapat.
