Apabila menjalankan bisnes sudah tentu ada turun naiknya. Ada masa sales/jualan laju, dan ada masa sales bisnes kita slow. Kita mahukan jualan produk sentiasa meningkat supaya bisnes kita akan terus maju dan bertahan lebih lama. Ada banyak cara yang boleh kita lakukan untuk memastikan sales bisnes kita sentiasa konsisten mengikut apa yang telah kita target.
Setiap bisnes adalah berbeza cara pengurusannya. Tapi dalam bisnes online, secara asasnya adalah sama untuk semua usahawan. Saya akan kongsikan 5 cara mudah ini untuk membantu mengatasi masalah sales yang slow dalam bisnes kita. Baca lagi

Perkara yang paling penting bagi mereka yang mahu berniaga sendiri adalah dengan mula mengambil tindakan hari ini. Jika hanya mahu tunggu dan lihat dulu maka sampai bila-bila pun kita tidak akan bermula.
Biasanya perasaan takut berniaga berlaku kepada mereka yang baru pertama kali berniaga. Jika dah lama berniaga, perasaan takut tu akan berkurangan. Kalau nak ikutkan apabila kita buat bisnes online, kita tidak perlu pun berhadapan dengan orang lain secara bersemuka.