Category Archives: Motivasi

“No Motivation, No Crime”

No Motivation, No CrimeHanya tajuk saja dalam English tapi kandungan artikel ini ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu. Sebenarnya tajuk di atas dipetik daripada satu dialog yang terdapat dalam filem Happy New Year lakonan Shah Rukh Khan and the gang. Filem ini mempunyai beberapa unsur-unsur negatif seperti jenayah, balas dendam, menipu dan sebagainya.

Namun begitu, kita mempunyai pilihan untuk fokus kepada perkara yang positif sahaja. Saya bukan mahu menulis review tentang filem tersebut tapi saya cuma tertarik dengan satu dialog yang disebut oleh SRK iaitu ‘No Motivation, No Crime’. Artikel ini juga adalah berdasarkan pengajaran baik yang terdapat dalam filem tersebut. Saya relate kan ia kepada dunia bisnes. Baca lagi >>

4 Cara Untuk Menjemput Rezeki

Cara-Untuk-Menjemput-RezekiRezeki boleh dijemput melalui pelbagai cara. Perkongsian tentang rezeki ini saya sempat take note semasa menonton rancangan Assalamualaikum terbitan TV Al Hijrah yang bersiaran dari jam 8 pagi hingga 10.30 pagi. Ada satu slot iaitu bersama dengan Ustaz Dr. Izhar Ariff. Beliau merupakan salah seorang pendakwah yang terkenal di negara kita.

Beliau berkongsikan dengan penonton bagaimana cara untuk kita menjemput rezeki. Tip-tip yang beliau kongsikan ini adalah sangat bermanfaat untuk dikongsikan dan diamalkan oleh kita semua. Baca lagi >>

Hargai Kelebihan Diri Kita

Hargai Diri SendiriDalam hidup ini kita akan selalu melihat diri kita yang serba kekurangan apabila membandingkan kelebihan yang ada pada diri orang lain. Kita selalu melihat kecantikan yang ada pada diri orang lain melebihi diri kita. Kita melihat kekayaan yang ada ada pada diri orang lain melebihi diri kita.

Tidak salah untuk kita membandingkan diri kita dan orang lain. Cuma jangan sampai kita terlalu merasa kecewa kerana tidak memiliki kelebihan seperti orang lain. Baca lagi >>

Berkat Sedekah Hari Jumaat

Salam-Jumaat(Gambar hanya sekadar hiasan)

Dihari jumaat yang mulia dan penuh berkat, kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan sunat dan juga bersedekah. Semoga amalan yang kita lakukan akan diberkati olehNya.

Saya ingin berkongsi satu pengalaman tentang keajaiban sedekah yang berlaku kepada diri saya sendiri. Amalan sedekah ini saya lakukan pada hari jumaat iaitu selepas selesai menunaikan solat jumaat saya akan memasukkan sedikit wang ke dalam tabung masjid. Baca lagi >>

Paksa Diri Untuk Membaca

Amalan  Membaca BukuAmalan membaca sememangnya sangat bermanfaat kepada manusia. Manusia itu jahil pada asasnya. Jadi kita perlu berusaha untuk tambah ilmu dalam diri kita dan salah satu caranya adalah dengan membaca selain perlu berguru kepada mereka yang lebih alim.

Membaca buku sangat susah untuk diamalkan jika diri kita ini sentiasa dipenuhi dengan sifat malas dan suka mencari alasan. Jika nak tunggu kita betul-betul bersedia untuk membaca mungkin ianya hanya tinggal harapan. Bukan untuk melemahkan semangat anda tapi hanya ingin mengatakan apa yang berlaku kepada diri saya sendiri. Baca lagi >>