Aplikasi WhatsApp Messenger adalah salah satu aplikasi paling popular di dunia dengan pengguna semasa melebihi 1 billion pengguna. Pemilik whatsapp adalah Facebook. Aplikasi berbentuk messenger ini adalah masa depan dalam dunia pemasaran internet. Ianya bersaing hebat dengan satu lagi aplikasi yang juga milik Facebook iaitu Facebook Messenger.
Whatsapp messenger adalah aplikasi percuma untuk pengguna android dan juga smartphone yang lain. Whatsapp adalah aplikasi yang berfungsi melalui talian internet. Tanpa internet whatsapp seolah-olah tidak bermakna. Trend zaman kini smartphone dan internet menjadi kewajipan buat semua orang. Jadi whatsapp juga menjadi benda wajib ada bagi setiap pengguna smartphone.
Jika dulu telefon hanya terhad untuk call dan sms. Tapi sekarang whatsapp telah upgrade fungsi call dan sms ke satu level yang baru. Selain dapat menghantar gambar, video, dokumen dan banyak lagi fungsi lain.
Setiap usahawan yang menjalankan perniagaan di internet tidak patut mengabaikan kelebihan yang ada pada whatsapp. Pemasaran whatsapp wajib ada sebagai salah satu channel pemasaran internet dalam bisnes anda.
Gunakan Sepenuhnya Kelebihan Whatsapp Yang Percuma
Untuk menggunakan whatsapp tiada yuran pendaftaran atau yuran langganan bulanan yang perlu dibayar oleh pengguna. Cuma kos data internet atau wifi yang diperlukan bagi membolehkan whatsapp dapat aktif digunakan.
Dengan pelbagai fungsi menarik yang dapat digunakan secara percuma maka ramainya orang suka dan setia menggunakan whatsapp berbanding aplikasi lain.
Sebagai usahawan, kita perlu manfaatkan sepenuh platform whatsapp yang percuma. Bina database pengguna whatsapp dengan segera. Jadikan whatsapp sebagai platform untuk kita berkomunikasi dengan prospek dan jadikan mereka sebagai pelanggan setia bisnes kita.
Kita tidak tahu mungkin pada masa akan datang akan wujud platform berbayar untuk pengiklanan di whatsapp seperti Facebook Ads. Walaupun berbayar ianya mungkin masih berbaloi untuk kita gunakan supaya dapat kembangkan bisnes kita di whatsapp dan mengumbul lebih ramai database pengguna whatsapp.
Bina Kepercayaan Melalui Profil Bisnes
Sama seperti Facebook Page, setiap usahawan boleh membina satu profile bisnes dengan menggunakan apps Whatsapp Business. Pengguna whatsapp lain akan dapat melihat maklumat penting bisnes kita seperti nama company, alamat/lokasi, website, nombor telefon, dan banyak lagi. Dengan adanya profil bisnes ini ia dapat meningkatkan lagi keyakinan pengguna lain untuk berurusan dengan kita.
Salah satu fungsi menarik yang ada dalam whatsapp business adalah, kita dapat jimatkan masa dengan menggunakan “Quick Replies”. Fungsi ini dapat membantu kita simpan dan guna mesej-mesej yang selalu digunakan. Kita dapat jawab soalan yang selalu ditanya dengan lebih mudah dan cepat.
Kita juga dapatkan gunakan fungsi “Automated Messages” untuk setkan satu mesej yang akan dibalas secara automatik kepada pengguna sekiranya kita tidak dapat menjawab mesej mereka dengan segera.
Kita dapat melihat statistik mesej yang telah kita hantar kepada pengguna whatsapp lain. Kita dapat melihat berapa banyak mesej yang telah berjaya dihantar, berapa banyak mesej yang telah diterima dan dibaca oleh pengguna whatsapp yang berhubung dengan akaun bisnes kita.
Sudah tentu fungsi ini sangat membantu kita menilai sejauh mana keberkesanan mesej yang telah kita hantar kepada pengguna whatsapp lain.
Bina Group Whatsapp Yang Target
Whatsapp Group adalah fungsi paling mudah kita untuk berhubung dengan ramai pengguna whatsapp lain. Kita dapat menghantar mesej kepada semua ahli group yang lain. Peluang yang ada menerusi pemasaran Group whatsapp ini tidak patut diabaikan.
Ada banyak group di dalam whatsapp yang kita boleh join. Tapi tak semuanya sesuai untuk kita promosi produk kepada mereka. Tak semua orang selesa apabila orang lain membuat promosi dalam group mereka.
Jadi kita boleh bina satu group sendiri dalam niche tertentu contoh group berkongsi tips kurus, tips kecantikan, tips kerjaya, tips buat duit dan macam-macam lagi bergantung kepada niche bisnes kita.
Gunakan platform percuma seperti facebook, twitter & instagram untuk invite mereka yang berminat untuk join group whatsapp kita secara percuma. Bagi satu sebab yang kuat kenapa mereka perlu join kita seperti memberi hadiah percuma, atau jadikan group kita ekslusif untuk menarik minat orang lain join.
Bina Senarai Broadcast Untuk Blast Mesej
Dengan adanya fungsi Broadcast, kita dapat menghantar mesej secara pukal kepada ramai pengguna whatsapp lain sekaligus. Jika nak hantar satu-satu mesej memang penat. Jadi fungsi broadcast ini sangat membantu kita menghantar banyak mesej kepada semua dan menjimatkan masa kita.
Ianya sangat sesuai jika kita hendak follow-up pelanggan dengan menghantar mesej promosi produk terbaru kita kepada mereka. Sebagai penjual kita boleh menghantar kod diskaun, jualan penghabisan stok, beli 1 percuma 1 dan macam-macam lagi mesej promosi supaya mereka bertindak segera membeli produk kita.
Fungsi broadcast ini dapat membantu kita membina hubungan jangka panjang melalui whatsapp. Sebulan sekali atau seminggu sekali kita boleh follow up hantar mesej bertanya khabar dan berkongsi tips-tips bermanfaat supaya pelanggan sentiasa ingat kepada kita.
Simpan baik-baik nombor telefon pelanggan dan jaga perhubungan dengan database whatsapp kita itu dengan sebaiknya.
Perkongsian Dokumen Jadi Lebih Mudah
Fungsi whatsapp juga dapat menghantar dokumen/fail PDF, word, slideshow and macam-macam lagi. Ia sangat membantu kita dalam menjimatkan masa dan tidak perlu lagi untuk login ke email untuk menghantar pelbagai jenis dokumen yang kita mahu.
Kita boleh menghantar saiz dokumen sehingga 100MB. Untuk menghantar dokumen di antara whatsapp kita ke whatsapp lain, dokumen itu perlu di simpan dalam phone storage kita.
Kita boleh hantar apa sahaja dokumen/fail sebagai bacaan tambahan tentang details produk atau bisnes kita. Biar mereka download dan simpan dalam phone mereka. Kita juga boleh buat satu ebook untuk dijadikan sebagai hadiah percuma kepada pelanggan kita.
Bantuan Sokongan Pelanggan Terasa Lebih Dekat
Customer Support atau bantuan sokongan pelanggan adalah sangat penting dalam bisnes. Penggunaan whatsapp sebagai platform bantuan sokongan, akan terasa lebih dekat berbanding paltform lain seperti email.
Email tetap relevan sebagai sokongan cuma personal touch melalui whatsapp akan terasa lebih dekat. Ini kerana pelanggan dapat berhubung terus dengan kita melalui nombor telefon peribadi untuk bertanyakan soalan. Kita boleh sediakan satu nombor whatsapp khas yang digunakan bertindak sebagai customer service.
Bantuan sokongan perlu diberikan selepas pelanggan membeli dengan kita. Kerana proses urusniaga tidak terhenti selepas pelanggan selesai buat pembelian. Jika mereka mempunyai masalah, kita perlu bantu dengan segera. Pelanggan akan rasa lebih dihargai. Jangan tinggalkan mereka terkapai-kapai tanpa sokongan.
Pelanggan yang telah yakin dan berpuas hati dengan khidmat yang kita berikan tidak mustahil mereka akan beli lagi produk lain yang kita jual pada masa hadapan. Jadikan pengalaman mereka sepanjang berurus niaga dengan kita menjadi pengalaman yang baik dan memuaskan hati semua pihak.
Kesimpulan
Whatsapp adalah satu alat komunikasi yang akan terus berevolusi dalam dunia internet masa kini. Ada pelbagai fungsi tambahan lain yang sentiasa di ‘upgrade’ oleh pihak whatsapp kepada pengguna mereka. Jadi sebagai usahawan, kita perlu sentiasa peka dan bertindak pantas dengan pelbagai fungsi baru yang ada di whatsapp.
Walaupun pelbagai fungsi baru yang sentiasa bertambah dalam whatsapp, kunci utama untuk berjaya dalam pemasaran whatsapp adalah dengan membina perhubungan baik dengan pengguna whatsapp lain.
Jangan rosakkan perhubungan kita dengan pengguna lain dengan cara menghantar mesej SPAM dan memaksa mereka membeli produk kita. Pastikan mesej yang kita hantar itu memberi nilai kepada mereka. Elakkan terlalu menjual pada setiap masa.
Jadikan whatsapp sebagai salah satu platform untuk kita mengembangkan lagi jenama bisnes kita kepada lebih ramai pengguna whatsapp yang ada.