Sebelum saya menerima buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) ini secara percuma, saya pernah khatam membaca buku MMR tapi ianya buku MMR yang dipinjam daripada orang lain pada tahun 2014 yang lepas.
Saya memang berhajat untuk membeli buku MMR sendiri untuk simpanan peribadi kerana buku ini bukan hanya untuk sekali baca saja tapi ianya boleh dijadikan buku rujukan pada setiap masa untuk memperbaiki dan menambah amalan menjemput rezeki.

Rezeki boleh dijemput melalui pelbagai cara. Perkongsian tentang rezeki ini saya sempat take note semasa menonton rancangan Assalamualaikum terbitan TV Al Hijrah yang bersiaran dari jam 8 pagi hingga 10.30 pagi. Ada satu slot iaitu bersama dengan Ustaz Dr. Izhar Ariff. Beliau merupakan salah seorang pendakwah yang terkenal di negara kita.