Mencari Rezeki Dan Nafkah Hidup

Mencari Rezeki Dan Nafkah HidupSetiap dari kita perlu ada semangat yang kuat jika mahu menjadi usahawan yang berjaya. Kita perlu tahu kenapakah kita ingin menjadi seorang usahawan. Sebagai usahawan tidak kiralah apa pun perniagaan yang kita lakukan, kita perlu tahu tujuan sebenar kenapa kita menceburi bidang keusahawanan. Salah satu sebabnya adalah kerana kita perlu mencari rezeki yang halal bagi meneruskan kehidupan di dunia ini.

Ini kerana rezeki dalam perniagaan adalah sangat luas. 9/10 daripada sumber rezeki adalah dengan berniaga. Itulah sebabnya orang yang menjalankan perniagaan rezekinya sentiasa melimpah ruah.

Sebagai seorang manusia yang hidup di muka bumi Allah ini, kita perlu berusaha untuk mencari rezeki supaya kita dapat meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Jika kita tidak berusaha sendiri untuk mencari rezeki sendiri tidak ada orang lain yang akan menolong kita.

Apabila kita melakukan perniagaan, kita telah berusaha untuk mencari rezeki yang dapat memberikan kenikmatan kepada diri kita.

Kita juga seorang yang mempunyai tanggungjawab kepada ahli keluarga, memberi nafkah kepada ahli keluarga adalah satu kewajipan dalam islam. Seorang bapa wajib memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anaknya.

Dengan melakukan perniagaan kita telah mencari satu sumber rezeki untuk diberikan nafkah kepada ahli keluarga kita sendiri. Dengan itu kita telah menjalankan satu kewajipan kepada diri kita sendiri dan juga ahli keluarga kita.

Rezeki yang diperolehi dari perniagaan kita hendaklah dari sumber-sumber yang halal dan diberkati oleh Allah. Barulah kehidupan kita akan sentiasa berjaya di dunia dan juga akhirat.

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di channel Telegram. Klik sini >> https://t.me/nikthoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *