Sebagai usahawan yang menjalankan bisnes, kita wajib menyimpan database pelanggan. Database pelanggan ini adalah merujuk kepada maklumat prospek atau pelanggan kita seperti nama, email & nombor telefon pelanggan kita. Kita perlu ada database ini kerana ia merupakan aset berharga bagi memastikan bisnes kita stabil untuk jangka masa panjang.
Menyimpan dan memiliki database pelanggan sangat penting untuk bisnes Kita. Ada banyak kelebihannya jika kita memiliki database sendiri. Dalam post ini saya akan berkongsi beberapa kelebihan jika kita menyimpan database pelanggan kita sendiri. Baca lagi

Pemasaran email biasanya digunakan untuk mengumpul senarai email Subscriber iaitu prospek, pelanggan ataupun follower yang sentiasa menunggu info-info terkini dari anda melalui email. Kegunaan pemasaran bergantung kepada jenis bisnes anda. Lain bisnes lain kandungan email yang dihantar. Tapi tujuan utama pemasaran email adalah sama iaitu untuk membina hubungan baik dengan subscriber untuk jangka masa panjang.