Sebagai usahawan yang menjalankan bisnes, kita wajib menyimpan database pelanggan. Database pelanggan ini adalah merujuk kepada maklumat prospek atau pelanggan kita seperti nama, email & nombor telefon pelanggan kita. Kita perlu ada database ini kerana ia merupakan aset berharga bagi memastikan bisnes kita stabil untuk jangka masa panjang.
Menyimpan dan memiliki database pelanggan sangat penting untuk bisnes Kita. Ada banyak kelebihannya jika kita memiliki database sendiri. Dalam post ini saya akan berkongsi beberapa kelebihan jika kita menyimpan database pelanggan kita sendiri.
- Database pelanggan itu hak mutlak milik kita 100%. Jika Like dan Follower di facebook tu tidak dianggap milik kita kerana ia dikawal oleh pihak facebook. Jika kita post status kat facebook page hanya beberapa orang saja yang dapat lihat status kita. Jika kita ada database sendiri, kita boleh menghubungi mereka secara terus tanpa dikawal oleh pihak lain.
- Boleh berhubung secara personal. Ia penting supaya mereka yang berada dalam database kita kenal dulu siapa kita. Jika mereka dah kenal kita, mereka akan lebih percaya dan membaca segala info yang kita kongsikan kepada mereka secara personal melalui email, mesej atau whatsapp yang kita hantar.
- Boleh kurangkan kos pemasaran yang mahal. Jika gunakan fb ads untuk cari prospek baru setiap hari memang mahal. Jika kita dah mempunyai database sendiri, kita boleh promosikan saja produk kepada database kita. Kita tidak perlu keluarkan bajet yang mahal untuk cari pelanggan baru.
- Kuasa membeli lebih tinggi jika mereka kenal kita. Kita perlu bina hubungan baik dengan database kita supaya mereka kenal kita. Bila mereka dah kenal kita, mereka akan lebih yakin dan percaya untuk membeli dari kita. Memang realiti macam tu orang akan lebih suka beli produk dari orang yang mereka kenal berbanding beli dari orang tidak kenal.
- Backup plan jika berlaku sebarang masalah. Katakan akaun facebook anda kena banned atau ditutup secara tiba-tiba. Sudah tentu bisnes anda akan merudum. Tapi tidak perlu risau jika kita mempunyai database pelanggan yang kita simpan. Bisnes kita masih lagi bernyawa walaupun berlaku masalah untuk buat fb ads.
- Boleh jimatkan masa dan cepat. Jika kita gunakan autoresponder untuk simpan database email, kita boleh jimatkan masa untuk blast email sekaligus kepada database email kita. Tidak perlu bazirkan nak email satu-satu. Jika SMS pun ada sistem sms blasting. Jika guna whatsapp kita boleh hantar mesej secara broadcast kepada semua database kita dalam satu masa.
- Boleh bina hubungan jangka masa panjang. Sangat rugi sebenarnya jika kita hanya jual sekali kepada seorang pelanggan. Kita perlu bina hubungan jangka masa panjang dengan database kita supaya mereka akan jadi pelanggan setia anda untuk jangka masa panjang.
Kat mana nak dapatkan database prospek atau pelanggan?
Jika kita dah pernah menjual kepada seseorang maka pembeli tersebut adalah database pelanggan kita. Kita perlu simpan database mereka baik-baik. Mereka yang pernah hubungi kita tapi belum confirm beli, itu adalah database prospek kita.
Cara untuk dapatkan database ni mudah saja iaitu kita boleh dapatkan dari laman sosial seperti facebook atau instagram. Kita boleh offer sesuatu yang menarik kepada mereka secara percuma seperti kupon diskaun, sample produk, free report dan lain-lain yang kosnya murah. Sebagai pertukaran untuk dapatkan produk percuma kita, mereka perlu berikan no telefon atau email mereka.
Selepas berjaya kumpul database itu, kita boleh follow up mereka dengan perkenalkan diri kita, bisnes kita, produk kita, bagi mereka info, tip percuma dan lain-lain. Bina hubungan baik dengan database tersebut supaya mereka kenal dan suka kepada kita.
Anda nak tahu tak di Malaysia ni sudah ada software hebat untuk anda kumpul database No Telefon & Email prospek dari facebook?
Ia adalah software khas yang dicipta untuk usahawan online supaya dapat mengumpul database prospek dari facebook.
Anda perlu memberi arahan kepada prospek supaya tinggalkan no telefon atau email mereka pada ruangan komen status facebook anda. Dan software ini akan menyimpan maklumat database prospek tersebut. Anda boleh follow up database pada bila-bila masa. Senang bukan?
Software ini dinamakan sebagai AUTO HARVEST
Ianya software pertama di Malaysia yang mempunyai fungsi begitu hebat untuk mengumpul database prospek atau pelanggan dengan mudah.
Salah satu kelebihan software ini yang paling saya suka adalah ia dapat Simpan Database Email dan No Phone Prospek Dari Facebook!
“Software ini bakal menyelamatkan bisnes anda jika Facebook unpublish page anda, ban akaun anda atau FB hilang secara tiba-tiba. Ini kerana anda boleh simpan data prospek anda dengan mudah. Auto Harvest akan menuai email dan no phone prospek yang ditinggalkan di post anda.”
Anda berminat untuk mengumpul database menggunakan software Auto Harvest ini?
Klik pada gambar atau link dibawah dengan segera sebelum software ini ditutup.
>> KLIK SINI UNTUK DAPATKAN SOFTWARE AUTO HARVEST <<