Tag Archives: Rahsia Hipnosis – Menarik Rezeki & Kekayaan

Rahsia Hipnosis – Menarik Rezeki & Kekayaan

Ramai yang membaca buku-buku motivasi dan pembangunan diri untuk menarik kejayaan dan kekayaan dalam hidup mereka. Mungkin ada yang meletakkan nota di dalam bilik tidur sebagai peringatan tentang keinginan atau matlamat hidup mereka. Ramai yang tahu rahsia kejayaan.

Tetapi mengapa ada yang masih belum dapat kekayaan yang dikehendaki?

Perkara yang paling penting dalam penerimaan kepercayaan dan perubahan yang baru adalah dengan menjadikannya sebagai tabiat secara automatik dalam diri anda. Perkara yang dilakukan secara automatik tidak memerlukan pemikiran sedar untuk bertindak. Sebagai manusia, kita secara semulajadi agak sukar untuk berubah.

Secara purata bagi kebanyakan orang, perubahan akan berlaku selama minimum 21 kali selepas diberi kesedaran tentang sikap yang baru secara berulang, sebelum menggantikan tabiat lama dengan yang baru. Dengan itu, dengan membaca buku motivasi tidak memadai.

Terdapat satu kaedah yang mudah dan berkesan dalam mengubah tabiat dan membina program baru dalam minda bawah sedar iaitu dengan kaedah HIPNOSIS. Anda boleh menggunakan hipnosis untuk format/program semula minda bawah sedar anda untuk dalam masa yang singkat.

Hipnosis direkabentuk untuk membolehkan anda mengubah corak pemikiran, sikap dan kepercayaan yang mungkin anda tidak sedari dan menggantikannya dengan yang baru.

Hipnosis adalah ketenangan fizikal dan mental yang membenarkan serapan terus ke minda bawah sedar di mana saranan boleh digunakan ke tahap yang maksimum. Program hipnosis menggunakan saranan hipnotik yang mana bertujuan untuk membawa perubahan dalam kehidupan anda.

Mereka yang tidak merasakan dirinya dalam dunia kekayaan, mereka ini mempunyai kepercayaan yang dalam kemiskinan. Mereka boleh menggunakan hipnosis untuk mengenalpasti kepercayaan halangan dan menggantikan dengan kepercayaan baru yang positif. Kepercayaan kemiskinan dalam minda boleh digantikan dengan kepercayaan kekayaan.

Dengan ini dapat menarik peluang-peluang untuk yang diingini. Sebelum anda menerima kekayaan sepenuhnya, anda harus ingat bahawa hanya Allah Maha Kaya dan Maha Pemberi Rezeki.

Hipnosis ini sebagai alatan yang berkesan yang membolehkan anda memprogram diri anda. Ia juga membolehkan anda mencapai impian anda dari segi kewangan, emosi dan kejayaan. InsyaAllah. Ingin ketahui maklumat lanjut mengenai Rahsia Hipnosis Menarik Rezeki dan Kekayaan? Klik di bawah ini:

Semoga bermanfaat untuk semua.