Bidang keusahawanan adalah satu bidang yang dapat membangunkan ekonomi dalam sebuah negara. Ini secara tidak langsung akan dapat membuka pintu rezeki kepada orang lain yang tidak berkemampuan. Ramai orang yang tidak berkemampuan akan dapat dibantu kerana ekonomi negara kita semakin bertambah maju.
Apabila ekonomi negara semakin bertambah maju, ia akan dapat membantu membasmi kemiskinan dalam negara. Golongan yang miskin akan dapat mendapat pekerjaan supaya dapat menampung kehidupan mereka dengan lebih baik. Semakin ramai usahawan yang lahir dalam negara pada hari ini. Ini sekaligus dapat mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara.
Sebagai seorang usahawan, kita hendaklah mempunyai sikap suka membantu orang lain yang tidak berkemampuan. Kita perlu mempunyai sifat yang pemurah untuk membantu memberikan sumbangana atau sedekah kepada mereka-mereka yang betul-betul memerlukan pertolongan kita. Dengan sumbangan yang kita berikan akan dapat mengubah kehidupan orang lain menjadi lebih baik pada masa yang akan datang.
Sumbangan atau sedekah yang kita lakukan juga boleh diberikan kepada sekolah-sekolah, pelajar-pelajar miskin, rumah anak-anak yatim, dan banyak lagi cara. Pelajar-pelajar inilah generasi yang akan menjadi tonggak negara pada masa hadapan.
Secara tak langsung kita telah membantu mereka untuk mendapat kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan. Kita sebagai seorang usahawan, akan banyak berjasa membasmi kemiskinan dalam negara.