Seorang usahawan bukan hanya memperolehi kejayaan untuk diri sendiri sahaja. Ianya hendaklah dikongsikan kepada orang lain juga. Ada banyak cara untuk anda boleh membantu orang lain melalui perniagaan kita. Salah satu caranya adalah dengan membuka peluang pekerjaan kepada orang lain. Ianya boleh dilakukan jika perniagaan kita semakin bertambah besar dan semakin banyak kerja yang perlu dilakukan.
Apabila perniagaan kita sudah semakin berkembang dan bertambah maju, sudah tentu kita memerlukan lebih ramai tenaga kerja untuk menjalankan perniagaan kita itu. Ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang lain untuk sama-sama bekerja dengan kita.
Pada hari ini ramai orang yang menganggur kerana tidak memiliki pekerjaan. Kita boleh membantu golongan ini dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka. Itu pun bergantung kepada keperluan pekerjaan dalam perniagaan kita. Mereka akan sama-sama dapat membantu kita. Dengan ini kita boleh menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka-mereka yang berminat untuk bekerja dengan kita.
Dengan memberi peluang kepada orang lain bekerja dengan kita, secara tidak langsung kita telah membantu mereka yang lain. Banyak manfaat yang dapat diperolehi oleh kita. Kita dapat membantu orang lain, pada masa yang sama perniagaan kita akan semakin bertambah maju. Memang seronok jika kita dapat membuka peluang pekerjaan kepada orang lain. Dalam hal ini kita sama-sama untung.