Kerja kerajaan adalah impian setiap orang termasuklah mereka yang baru sahaja tamat pengajian ataupun mereka yang sudah bekerja. Malah mereka yang masih lagi belajar sudah pun ada impian nak kerja kerajaan satu hari nanti. Boleh dikatakan sesiapa saja mahu kerja kerajaan.
Proses pengurusan pengambilan pekerja dalam sektor perkhidmatan awam ini diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Jika anda masih lagi belum berdaftar di laman web mereka, silalah mendaftar segera di laman web SPA www.spa.gov.my. Kemudian anda boleh memohon mana-mana jawatan kosong SPA yang sesuai dengan kelayakan anda.
Mengapa semua orang nak sangat kerja kerajaan ni?
Antara faktor utama mengapa orang nak sangat kerja kerajaan adalah kerana ianya menjamin masa depan yang lebih baik. Membina kerjaya dalam sektor perkhidmatan awam adalah impian ramai orang di Malaysia ini. Antara kelebihan-kelebihan yang bakal anda dapat sebagai seorang penjawat awam adalah:
1 – Kenaikan Gaji Setiap Tahun
Mereka yang berkhidmat dalam sektor awam akan diberikan kenaikan gaji setiap tahun. Jika bekerja ditempat selain dari sektor awam, mungkin sukar untuk memperolehi kenaikan gaji pada setiap tahun. Semakin lama anda berkhidmat dengan pihak kerajaan maka peluang untuk naik gaji akan semakin bertambah.
2 – Peluang Kenaikan Pangkat
Naik pangkat pasti menjadi impian sesiapa sahaja. Siapa tak nak naik pangkat yang lebih tinggi kan? Apabila naik pangkat maknanya gaji anda pun akan naik juga. Status anda juga akan berubah lebih baik dari sebelum ini.
3 – Kemudahan Pinjaman Kenderaan
Jika anda mahu membuat pinjaman untuk membeli barangan keperluan peribadi, peluang untuk anda lulus pinjaman adalah lebih mudah dan lebih cepat. Anda boleh membuat pinjaman untuk membeli kenderaan sendiri. Dengan mudah anda sudah boleh mendapatkannya.
4 – Kemudahan Pinjaman Perumahan
Memiliki rumah sendiri adalah impian sesiapa sahaja. Anda boleh membuat pinjaman untuk membeli rumah idaman anda dengan lebih mudah dalam masa yang singkat. Peluang anda lebih cerah untuk memiliki rumah idaman anda.
5 – Mendapat Cuti Tahunan
Bila sebut saja cuti siapa yang tidak gembira kan? Anda akan diberikan cuti tahunan. Cuti tahunan adalah cuti tanpa potongan gaji. Jika tanpa cuti tahunan, gaji akan dipotong mengikut bilangan hari anda cuti. Anda boleh gunakan cuti tahunan itu untuk bercuti bersama dengan ahli keluarga.
5 – Caruman KWSP atau Pencen
Anda perlu menyiapkan diri untuk hari tua anda. Anda perlu mempunyai simpanan di hari tua. Ada akan menyimpan dalam KWSP dan juga menerima wang pencen. Kedua-duanya adalah sangat penting kepada anda di hari tua nanti.
6 – Peluang Untuk Melanjutkan Pelajaran
Anda berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Anda akan diberikan peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Peluang sambung belajar adalah untuk manfaat untuk kedua-dua pihak. Iaitu diri anda dan juga pihak kerajaan.
7 – Lebih Banyak Masa Bersama Keluarga
Masa yang cukup dan berkualiti adalah penting untuk bersama keluarga anda. Anda akan mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Kasih sayang dalam keluarga akan makin bertambah jika anda meluangkan lebih banyak masa bersama mereka.
Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan yang bakal anda perolehi jika anda bekerja dalam sektor perkhidmatan awam. Apa yang dikongsikan di atas hanyalah sebahagian sahaja kelebihan kerja kerajaan kepada mereka yang berjaya terpilih.
Namun begitu, sebelum anda berjaya memasuki sektor pekhidmatan awam ini, anda perlu berdepan dengan halangan terbesar iaitu TEMUDUGA. Anda wajib lulus dalam temuduga SPA terlebih dahulu sebelum berjaya mendapat kerja kerajaan. Anda perlu membuat persediaan yang secukupnya untuk menghadapi proses temuduga dari pihak SPA.
Anda bakal bersaing dengan beribu-ribu lagi calon lain yang juga memohon kemasukan ke dalam sektor perkhidmatan awam seperti anda. Tidak perlu takut kepada persaingan kerana jika ia sudah rezeki anda maka ia tetap akan jadi milik anda. Yang penting ada sudah pun berusaha bersungguh-sungguh untuk membuat yang terbaik semasa dalam temuduga. Persediaan dari segi ilmu sangat penting untuk menghadapi temuduga kerja kerajaan ini.
PENGUMUMAN: Panduan informasi ini adalah khas untuk mereka yang ingin mencerahkan peluang untuk BERJAYA LULUS TEMUDUGA dalam perkhidmatan awam (SPA) dan seterusnya berjaya mendapat Kerja Kerajaan yang mereka idamkan selama ini.