Elakkan Melakukan Semua Perkara Dalam Satu Masa

Melakukan Semua Perkara Dalam Satu MasaSatu perkara yang perlu kita elakkan adalah sifat tamak untuk membuat semua perkara dalam satu-satu masa. Jangan menyiksa diri kita sendiri untuk menyiapkan terlalu banyak kerja dalam satu masa. Kita perlu membuat kerja-kerja yang kita rasa senang dahulu kemudian barulah menyiapkan kerja-kerja yang lebih sukar pula.

Kalau boleh buat jadual kerja yang kita ingin lakukan dalam waktu-waktu tertentu lagi baik. Ini akan membuatkan waktu kerja kita akan lebih tersusun dan lebih teratur.

Jika kita sudah mula melakukan sesuatu kerja, jangan cepat mengalah di pertengahan jalan. Buat kerja itu sampai kita berjaya untuk menyiapkannya. Jangan biarkan diri kita berhenti dipertengahan jalan. Kita juga yang akan rugi kerana banyak membuang masa jika kerja tersebut tidak siap. Orang yang cepat mengalah tidak akan berjaya.

Jangan bertangguh semasa menyiapkan sesuatu kerja kerana lama-lama kita akan hilang minat dan keyakinan diri untuk menyiapkan kerja itu jika ia dibiarkan terlalu lama. Jika kita mengamalkan sikap suka bertangguh, kita akan menyusahkan diri kita sendiri juga akhirnya. Oleh itu, sikap suka bertangguh kerja ini sangat perlu dielakkan dalam perniagaan kita.

Jangan membebankan diri kita jika kita tidak berapa mahir dalam kerja yang kita lakukan itu. Kita juga akan banyak membuang masa untuk menyiapkan kerja yang kita tidak mahir. Jangan malu untuk bertanya dan meminta tolong kepada orang lain yang lebih pakar dalam kerja tersebut. Dengan bantuan orang lain yang lebih mahir, pasti kerja kita akan dapat disiapkan dengan lebih cepat.

About Nik Thoha

Artikel ini ditulis oleh saudara Nik Thoha. Beliau ialah seorang penulis blog dan juga seorang usahawan internet sepenuh masa. Anda boleh follow beliau di channel Telegram. Klik sini >> https://t.me/nikthoha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *