Tag Archives: rezeki dari Allah

Sentiasa Yakin Dengan Rezeki Dari Allah

Sentiasa Yakin Dengan Rezeki Dari AllahSITUASI 1: Pernah tak ada pengalaman macam ni. Semasa belajar di sekolah/universiti dulu kita study siang malam untuk menghadapi hari exam. Ada sahabat kita seorang tu dia study tak berapa sangat. Pastu boleh siap enjoy main game lagi. Kita tengok pun jeles sebab dia nampak relaks je macam tak kisah sangat dengan exam.

Tapi bila dapat result kita dapat keputusan yang lebih rendah dari sahabat kita tu. Dia dapat result lebih power dari kita. Apa perasaan kita masa tu? Marah? Geram? Tak puas hati? Kecewa? Semua ada kan. Baca lagi >>

Menerima Buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki’ Secara Percuma

Mudahnya-Menjemput-RezekiSebelum saya menerima buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) ini secara percuma, saya pernah khatam membaca buku MMR tapi ianya buku MMR yang dipinjam daripada orang lain pada tahun 2014 yang lepas.

Saya memang berhajat untuk membeli buku MMR sendiri untuk simpanan peribadi kerana buku ini bukan hanya untuk sekali baca saja tapi ianya boleh dijadikan buku rujukan pada setiap masa untuk memperbaiki dan menambah amalan menjemput rezeki.

Baca lagi >>

4 Cara Untuk Menjemput Rezeki

Cara-Untuk-Menjemput-RezekiRezeki boleh dijemput melalui pelbagai cara. Perkongsian tentang rezeki ini saya sempat take note semasa menonton rancangan Assalamualaikum terbitan TV Al Hijrah yang bersiaran dari jam 8 pagi hingga 10.30 pagi. Ada satu slot iaitu bersama dengan Ustaz Dr. Izhar Ariff. Beliau merupakan salah seorang pendakwah yang terkenal di negara kita.

Beliau berkongsikan dengan penonton bagaimana cara untuk kita menjemput rezeki. Tip-tip yang beliau kongsikan ini adalah sangat bermanfaat untuk dikongsikan dan diamalkan oleh kita semua. Baca lagi >>