Tag Archives: Pemasaran Melalui Whatsapp

Tip Pemasaran Whatsapp Yang Tidak Boleh Diabaikan Oleh Usahawan

Aplikasi WhatsApp Messenger adalah salah satu aplikasi paling popular di dunia dengan pengguna semasa melebihi 1 billion pengguna. Pemilik whatsapp adalah Facebook. Aplikasi berbentuk messenger ini adalah masa depan dalam dunia pemasaran internet. Ianya bersaing hebat dengan satu lagi aplikasi yang juga milik Facebook iaitu Facebook Messenger.

Whatsapp messenger adalah aplikasi percuma untuk pengguna android dan juga smartphone yang lain. Whatsapp adalah aplikasi yang berfungsi melalui talian internet. Tanpa internet whatsapp seolah-olah tidak bermakna. Trend zaman kini smartphone dan internet menjadi kewajipan buat semua orang. Jadi whatsapp juga menjadi benda wajib ada bagi setiap pengguna smartphone. Baca lagi >>

Cara Menjual Dalam Whatsapp Group

Menjual dalam ‘Whatsapp Group’ ada risikonya. Risikonya bergantung kepada group yang kita join. Sebabnya ada group yang membenarkan iklan dan ada group yang tidak membenarkan sebarang iklan. Silap haribulan siapa yang cuba menjual akan di ‘kick’ iaitu kena remove dari group tersebut.

Jadi sebelum beriklan tu kita kena selidik seketika group-group mana yang boleh untuk buat iklan. Sudah menjadi kebiasaan masa kini ada banyak group seperti group keluarga, kawan sekolah, kawan universiti, group negeri, group bisnes dan banyak lagi. Baca lagi >>